Konvensyen “Berakhirnya Agenda Zionis” ini mensasarkan golongan “belia” muslim untuk menghadirinya. Ini kerana mereka adalah sebuah kumpulan dalam masyarakat yang akan menjadi pemimpin pada masa akan datang. Oleh itu, amat bermaknalah kehadiran mereka ke dalam seminar seperti ini, agar mereka lebih dahulu mengetahui titik-titik kelemahan Zionis sehinggakan agenda utama mereka itu terhenti dan berakhir.
Dalam masa yang sama pihak penganjur amat mengalu-alukan kehadiran “masyarakat pelbagai lapisan” untuk sama-sama menyemarakkan lagi seminar yang julung kali diadakan ini.
Pihak penganjur akan berusaha sedaya upaya untuk mengumpul dan menghimpunkan seramai 3,000 peserta bagi menghadiri seminar ini.